Surah Al-Imran Ayat 7

Filed Under (Ad-din, Articles) by kerel on 18-07-2008

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Dikesempatan masa yang agak sempit ini, suka saya menerbitkan post ini untuk menjawab persoalan seorang sahabat saya yang pada kiraan saya sudah agak lama bertangguh.

Pertama-tamanya, maaf dipinta buat sahabat saya kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan. Semasa persoalan ini diutarakan, saya kurang pasti bagaimana hendak menjawab lalu saya meminta izin untuk bertanyakan kepada ustaz.

Alhamdulillah, ustaz pun dirujuk dan beliau telah menjawab persoalan tersebut. Sudah berminggu-minggu sebenarnya persoalan tersebut terjawab, namun kerana kekangan masa, hari ini saya cuba untuk merungkaikan persoalan tersebut.

———————————————————————————————————————————

Baiklah persoalannya semua berkisar kepada satu nas daripada ayat al-quran pada surah Al-Imran, ayat 7 :-

هُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاء تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ

Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mu- tasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (Al-Imran ; 7).

Terjemahan yang saya utarakan adalah daripada kebanyakan terjemahan al-quran yang berada didalam pasaran sekarang.

Maka daripada apa yang saya faham secara zahir daripada terjemahan al-quran tersebut, yakni apa yang cuba disampaikan oleh sahabat saya adalah, Read the rest of this entry »

Penyeksaan kaum Quraisy ke atas Rasulullah dan sahabat

Filed Under (Articles) by kerel on 11-07-2008

KAUM Musyrikin Quraisy merupakan golongan paling kuat menentang
Rasulullah dan ajaran-ajaran Islam. Mereka sering memperolok-olok,
memperlekeh, mempermain dan mempersendakan baginda.

Mereka juga melemparkan pelbagai tuduhan, maki hamun dan turut
memanggil baginda sebagai seorang gila. Mereka juga sentiasa mengawasi
baginda dan memerhatikan baginda dengan pandangan yang penuh dengan
kebencian dan rasa jijik.

Mereka turut menyifatkan baginda sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

Selain itu, kaum ini juga menggunakan berbagai-bagai cara untuk
menghalang kelancaran Rasulullah berdakwah. Mereka telah membentuk satu
kumpulan yang anggotanya terdiri daripada 25 orang tokoh Quraisy dan
diketuai oleh Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri.

Penubuhan kumpulan ini adalah untuk memerangi Islam terutamanya
terhadap baginda dan sahabat-sahabat dengan menggunakan segala bentuk
penindasan, penyeksaan dan kekerasan. Antara yang dilakukan oleh Abu
Lahab ialah membaling baginda dengan seketul batu ketika Rasulullah
menyampaikan dakwahnya yang pertama di majlis Bani Hashim di atas Bukit
Safa. Mujurlah baginda dapat mengelak dan batu itu tidak mengenai
baginda. Read the rest of this entry »

Kenali Ulama’ Nusantara (Siri 5)…

Filed Under (Life o life) by kerel on 07-07-2008

Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani wafat sebagai syuhada

(Masjid Al-Mansyur Betawi yang di perbetulkan
arah kiblat oleh Para Wali )
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

LEMBARAN akhir kitab Siyarus Salikin dinyatakan diselesaikan di Taif pada tahun 1203 Hijrah.
SHEIKH Abdus Shamad al-Falimbani adalah seorang ulama sufi yang agung di Nusantara, beliau sangat anti terhadap penjajah dan ia telah menunjukkan kesanggupan luar biasa untuk berjuang demi ketinggian Islam semata-mata.

Prof. Dr. Hamka menyebut dalam salah satu karangannya, bahawa setelah belajar di Mekah, Sheikh Abdus Shamad Palembang tidak pernah kembali ke tanah airnya Palembang, lantaran bencinya terhadap penjajah Belanda.

Sebagaimana disebutkan bahawa yang sebenarnya menurut khabar yang mutawatir, dan bukti-bukti bertulis bahawa Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang buat kali pertamanya ke Nusantara bersama-sama sahahat-sahabatnya iaitu Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Abdul Wahab Sadenreng Daeng Bunga Bugis, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan Sheikh Abdur Rahman al-Masri.

Diceritakan oleh Sheikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, bahawa gurunya menasihati mereka jika ke Mesir untuk mendalami ilmu pengetahuan, hal itu akan mengecewakan kerana Sheikh Abdus Shamad dan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar itu bukan layak menjadi mahasiswa, akan tetapi layak menjadi mahaguru.

Read the rest of this entry »

Kenali Ulama’ Nusantara (Siri 3)…

Filed Under (Ad-din, Siri Kenali Ulama' Nusantara) by kerel on 30-06-2008

Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ulama’ Sufi penegak Jihad
Sejarah mengenai Syeikh Abdus Shamad ini terlalu banyak panjang untuk dibincangkan, sama ada mengenai asal-usul beliau, pendidikan, karya-karya, keturunan dan sebagainya.

Oleh itu, artikel ini merupakan bahagian pertama yang hanya meliputi pengenalan awal mengenai nama ayah dan pendidikan beliau sahaja. Selebihnya akan dibincangkan pada bahagian selanjutnya.

Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, pertama kali penulis perkenalkan dalam majalah Dian bilangan 100, Ogos 1977. Sumber awal yang dibicarakan sebahagian besar adalah berdasarkan cerita yang mutawatir yang didengar di Kepulauan Riau, Patani dan Kalimantan Barat. Yang bersumberkan bahan bertulis hanyalah berdasarkan berbagai-bagai edisi cetakan karyanya, maupun manuskrip simpanan penulis yang dipusakai dari Syeikh Ahmad al-Fathani.

Bahan itulah sebagai dasar utama penulis melakukan penyelidikan sehingga tulisan penulis dimuat dalam majalah Dian itu.

Terdapat banyak kisah yang ditulis oleh sarjana tempatan dan luar negeri tentang ulama yang berasal dari Palembang, Sumatera ini. Antaranya artikel penulis dalam majalah Dian tersebut, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karya Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arsyad (Dewan Bahasa dan Pustaka,1968), Syamsuddin bin Siddiq yang membuat tesis tentang Hidayatus Salikin, dan Dr. Mahmud Saedon bin Awang Othman dalam kertas kerjanya untuk Seminar Sufi Peringkat Kebangsaan.

Malahan penulis sendiri menerbitkan sebuah buku kecil berjudul Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,Shufi Syahid fi Sabilillah (1983).Setelah itu menyusul pula buku Mengenal Allah Suatu Studi Mengenal Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Shamad al-Palimbani oleh Dr.M.Chatib Quzwan(1985). Dan berbagai-bagai buku lain, terakhir sekali buku Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII oleh Dr. Azyumardi Azra, tahun 1994.

Bagi penulis keseluruhan buku mengenai Syeikh Abdus Shamad yang diproses oleh para sarjana itu tidak banyak diperoleh bahan baru, kerana apa yang mereka bicarakan hanyalah berdasarkan tulisan yang telah ada dan tidak menemukan karya-karya Syeikh Abdus Shamad yang belum dibicarakan selama ini.

Menurut penelitian penulis, ada yang dibicarakan juga banyak bersimpangsiur dan terdapat banyak kekeliruan. Oleh itu penulis muncul kembali dengan buku Syeikh Abdus Shamad Palembang Ulama Shufi Dan Jihad Dunia Melayu terbitan pertama Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996. Dalam buku tersebut di beberapa halaman adalah sanggahan dengan tujuan untuk perbandingan, demi lebih meluruskan jalan sejarah yang sebenarnya.

Mengenali nama ayahnya Read the rest of this entry »

Perjuangan Yang Belum Selesai

Filed Under (Life o life) by kerel on 27-06-2008

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Read the rest of this entry »

Beauty of Poetry

Filed Under (Life o life) by kerel on 26-06-2008

A big HELLO to all,

I never would have thought that mathematics could be turn into such a  beautiful poetry.  Just wanted to share this poem with everyone. :rose:

The Square Root of 3

I fear that I will always be
A lonely number like root three

The three is all that’s good and right,
Why must my three keep out of sight
Beneath the vicious square root sign,
I wish instead I were a nine

For nine could thwart this evil trick,
with just some quick arithmetic

I know I’ll never see the sun, as 1.7321
Such is my reality, a sad irrationality

When hark! Just what is this I see,
Another square root of a three

As quietly come waltzing by,
Together now we multiply
To form a number we prefer,
Rejoicing as an integer

We break free from our mortal bonds
And with the wave of magic wands
Our square root signs become unglued
Then love for me has been renewed

Neat huh? :dream: very sweet… romantic too… ahah :go: ..

Kenali Ulama’ Nusantara (Siri 2)…

Filed Under (Ad-din, Siri Kenali Ulama' Nusantara) by kerel on 23-06-2008

Karya Bahasa Arab Sheikh Ahmad al-Fathani

Oleh : Allahyarham Ustaz Wan Mohd Shogir Wan Abdullah

Adalah suatu penyelidikan yang keliru oleh beberapa penulis yang mengatakan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggalkan karya lebih kurang 16 buah saja. Menurut kajian penulis sendiri, barangkali boleh ditambah ‘0’ di belakangnya, bererti menjadi 160. Bahkan lebih banyak daripada yang tersebut itu.

Kitab karangan Syeikh Ahmad AL-Fathani mengenai Feqah yang ditulis dalam Bahasa Arab.

Karya Sheikh Ahmad al-Fathani terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

A. Tulisan dalam bahasa Arab

B. Tulisan dalam bahasa Melayu

C. Kitab-kitab yang ditashhihnya termasuk beberapa bahasa daerah disesuaikannya dengan bahasa Melayu yang berlaku menurut zamannya. Kitab-kitab yang ditashhihnya terdiri pula kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Melayu.

Jumlah karya Syeikh Ahmad al-Fathani sebenarnya tidak diketahui kerana sebahagian besar koleksi manuskrip karya beliau atau orang lain yang dipindahkan dari Mekah ke Jambu, Patani oleh anaknya Kadi Haji Wan Ismail Al-Fathani telah musnah dalam Sungai Jambu dalam tahun 1970.

Beberapa naskhah pula diambil oleh beberapa orang yang tinggal di rumah beliau di Mekah yang kemudiannya membawa pulang ke tempat asal mereka. Manuskrip yang dapat diselamatkan hanyalah sebahagian kecil. Itu pun yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Mahmud dari rumah Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah ke Gajah Mati, Pendang, Kedah. Ada juga yang dibawa ke Kepulauan Riau oleh anak beliau sendiri, iaitu Hajah Wan Zainab.

Seluruh karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang telah diperolehi ataupun maklumat tentangnya yang telah diketahui akan dibicarakan dalam artikel ini. Karya yang ditulisnya dalam bahasa Arab diusahakannya sejak umurnya masih muda belia, ketika ia masih belajar di Baitulmaqdis dan Mesir.

Selanjutnya setelah pulang ke Mekah baru beliau menulis dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun karyanya yang pertama yang ditulis ketika berusia 15 tahun ditulis dalam bahasa Melayu.

Karya

Berikut adalah sebahagian senarai karya-karyanya yang diketahui ditulis dalam bahasa Arab: Read the rest of this entry »

Penjelasan pemansuhan article di ‘Friday Article’

Filed Under (Ad-din, Articles) by kerel on 22-06-2008

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

Khususan ila sahabat-sahabat di bumi Manipal,

Di dalam Friday article, terdapat satu article yang dimansuhkan (dielakkan untuk cuba disiar). Secara jujurnya, article itu dielakkan atas saranan daripada pihak diri saya sendiri.

Post ini di terbitkan atas menerangkan sebab mengapa article pada risalah ‘Friday Article’ yang bertajuk “Di Mana Allah?” dimansuhkan daripada untuk di siarkan. Walaubagaimanapun, tersiar juga. Maka bermula article tersebut.

———————————————————————

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy”.(Al-A’raf :54).

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu’awiyah :
Artinya:
“Beliau bertanya kepadanya : “Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : “Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : “Siapakah Aku ..?”. Jawab budak itu : “Engkau adalah Rasulullah”. Beliau bersabda : “Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.

Beriman kepada Allah Ta’ala adalah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib tetap dalam hati seseorang tanpa becampur syak dan keraguan.Beriman dengan kewujudan Allah Ta’ala ialah dengan mengiktiqadkan Allah dengan iktiqad (pegangan) yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah Ta’ala yang mencipta dan mentadbir semua benda dan perkara dalam alam ini (rububiyyah), Dialah yang berhak disembah (uluhiyyah), Dia memiliki nama-nama yang agung (asma’ al-Jalal)dan mempunyai segala sifat kesempurnaan (sifat al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan (Asma’ Allah dan sifat-sifatnya).

Kewujudan Allah Ta’ala bukanlah sebagaimana kewujudan alam yang huduth (baharu) yang menerima perubahan, permulaan dan kesudahan, kerana zat dan sifat Allah adalah qadim (tiada permulaan) dan baqa’ (tiada kesudahan).

Bagi menjawab persoalan di mana Allah Ta’ala, berbalik kepada dalil al-Qur’an dan Hadith di atas dapatlah dinyatakan bahawa Allah Ta’ala istawaa di atas ‘arasy-Nya yang tinggi (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas ‘Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).Imam Malik apabila ditanya “Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas ‘Arsy ?. Beliau menjawab :

Artinya:
“Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid’ah”.

Wallahu Tabaraka Wata’ala a’lam.

Sumber: http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=225

———————————————————————

Maka article berakhir,

Ralat

Pertamanya, terdapat ralat di dalam article ini.

Asalnya dikatakan ditulis oleh mufti Perlis, tetapi menurut sumber yang dikemukan, post ini sebenarnya berasal dari laman web jabatan mufti Melaka dan terdapat perubahan pada article yang disiarkan. Wallahua’lam

Mengelakkan kekeliruan

Di dalam article ini terdapat perbahasan aqidah yang pada kiraan saya tidak sesuai untuk dijadikan santapan bacaan pada orang awam (orang yang bukan ahli dalam bidang ilmu tersebut). Kerana perbahasan yang dikemukakan perlu kepada asas-asas dalam ilmu Tauhid yang kukuh. Read the rest of this entry »

Orang Alim

Filed Under (Ad-din, Articles) by kerel on 18-06-2008

Assalamualaikum,

Article di bawah ini di ambil dari http://bahrusshofa.blogspot.com/. Puisi yang dipaparkan mendatangkan makna yang sangat indah dan teguran yang amat bermakna untuk dihayati. Semoga kita sama-sama mengambil manfaat.

“Dulu waktu saya mengaji, setiap saya menanyakan suatu masalah kepada guru saya, jawabannya juga selalu: ‘cari di kitab ini, cari di kitab itu‘. Ketahuilah, wahai Novel , tidak disebut orang alim kalau setiap mendapat pertanyaan ia selalu menjawab: ‘menurut saya begini begini …‘, tetapi orang alim adalah orang yang mampu menjawab suatu permasalahan dengan menukil pendapat para ulama salaf lengkap dengan kitab rujukannya.” - [Pesanan almarhum Habib Anis bin ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi kepada Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-’Aydrus].

Zaman ini
Mudah dan gampang sekali
Orang mengeluarkan pandangan dan pendapat sendiri
Berhubung hukum - hakam agama suci
Hafal satu dua ayat dan hadits Junjungan Nabi
Fatwa dikeluarkan tanpa mengerti
Usul dan kaedah fiqh yang dipegangi
Fatwa pandangan pendapat ulama sejati
Tidak dihirau tidak dipeduli
Bahkan tidak diketahui
Bila ditanyai awam Syafi’i
Dijawab dengan pandangan Hanbali
Lalu pening kepala si Syafi’i
Kerna jawaban dengan amalan sehari-hari tidak selari
Aqwal mu’tamad, dhoif dan qawi
Sudah tidak dibezakan lagi
Inilah akibat bila malas mengaji
Karya ulama yang habis umurnya menggali
Kitab suci dan hadits Junjungan Nabi
Setakat menghafal kitab suci
Belum jadi ulama berilmu tinggi
Juga bukan ukuran taqwa sejati
Lihat si Hajjaj anak Yusuf ats-Tsaqafi
Dada dipenuhi kandungan kitab suci
Sholat jemaah dia kepalai
Sayyidi Ibnu Umar di belakang mengikuti
Malang anak Yusuf ats-Tsaqafi
Bukan ketaqwaan bertakhta di hati
Tapi kezaliman yang meratai
Hauskan darah umat Junjungan Nabi
Kepada Allah kita pohoni
Agar diperolehi ketaqwaan sejati
Tunduk patuh mentaati
Titah perintah Ilahi Rabbi
Berpandukan ajaran Junjungan Nabi
Yang diterima daripada ulama sejati
Bukan sekadar baca terjemah tafsir sendiri
Yang ilmunya cetek sekali
Jika ditimbang tak sampai barang sekati
Atau hanya ikut suka hati
Nanti bila mati barulah sedarkan diri
Apalah gunanya lagi

***********************
Moga Allah sentiasa merahmati Habibna Anis al-Habsyi ….al-Fatihah.

Kenali Ulama’ Nusantara (Siri 1)…

Filed Under (Ad-din, Siri Kenali Ulama' Nusantara) by kerel on 16-06-2008

Syekh Ahmad al-Fathani

1. Riwayat Hidup

Syekh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad bin Muhammad Zainal Abidin, lebih dikenal dengan nama Syekh Ahmad al-Fathani, dilahirkan pada tanggal 10 April 1856 M/5 Sya‘ban 1271 H di Jambu, Jerim, Pattani, Thailand Selatan. Ayah dan ibunya merupakan keturunan pembesar Daulah Fathani Darussalam. Sedangkan kakeknya, Syekh Mustafa al-Fathani, yang bergelar ‘Datuk Panglima Kaya Fathani‘ adalah seorang hakim yang bertugas menentukan sah dan tidaknya pelantikan seorang raja dan pembesar kerajaan di Daulah Fathani Darussalam, Thailand Selatan. Ia lahir dalam kondisi negerinya tertindas dan terjajah, sehingga memaksa dia dan orang tuanya untuk pindah ke Mekah, Saudi Arabia.

Sebelum hijrah ke Mekah, Syekh Ahmad al-Fathani pernah belajar ilmu agama kepada ayahnya, Muhammad Zain dan seorang ulama Daulah Fathani Darussalam, Syekh Abdul Kadir Mustafa. Pada tahun 1860, ia hijrah ke Mekah, mengikuti ayah dan ibunya, untuk menuntut ilmu agama. Di Mekah, ia memiliki kesempatan untuk belajar agama kepada beberapa ulama, baik ulama Melayu ataupun ulama Arab yang bermukim di kota ini. Dengan demikian, ia tumbuh dan besar dalam lingkungan dan budaya yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Selama di Mekah, ia menunjukkan diri sebagai anak yang rajin belajar. Ia dikenal memiliki kemampuan menghafal yang luar biasa. Dalam usianya yang masih sangat belia, ia telah mampu mengajar ilmu tata bahasa Arab (nahwu dan sharaf).

“Nusantara telah melahirkan ramai ahli-ahli ilmu yang disegani”

Syekh Ahmad al-Fathani kemudian pergi ke Baitul Maqdis untuk menuntut ilmu kedokteran/ilmu tabib. Menurut riwayat, beliaulah orang Melayu pertama yang mahir ilmu tabib dan mendapat pendidikan khusus di bidang tersebut. Pendidikan ketabiban yang dikuasainya telah membedakan dirinya dengan tabib-tabib tradisional saat itu. Di kota Baitul Maqdis inilah ia mendapat inspirasi untuk menulis bukunya yang berjudul “Thayyib al-Ihsan fi Thib al-Insan”. Setelah itu, ia kembali ke Mekah untuk meneruskan belajar kepada guru-guru Pattani, seperti Syekh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beberapa tahun kemudian, ia pergi menuntut ilmu ke Mesir; negeri yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan keislaman dengan kemegahan Universitas Al-Azharnya. Di negeri ini, ia tercatat sebagai pelajar pertama dari Asia Tenggara. Sekembalinya dari Mesir, ia kemudian mengajar di Mekah selama kurang lebih 15 tahun.

Menurut riwayat, selama belajar di Mesir, Syekh Ahmad Al-Fathani telah mulai menu­lis buku-buku tentang ilmu tata bahasa Arab. Karya-karyanya kemudian dikenal oleh banyak orang sehingga ia dianggap sebagai salah satu pakar bahasa Arab di kota Mekah. Kepakarannya dalam bahasa Arab didengar oleh raja Mekah, sehingga ia kemudian diangkat menjadi ahli bahasa kerajaan (Arab Saudi: sekarang) di bawah pemerintahan Turki Usmani. Ia termasuk salah satu ulama Melayu yang menguasai berbagai disiplin ilmu pengetahuan dan menulis lebih dari 100 buku. Karya-karyanya ditulis dalam berbagai bahasa; bahasa Arab 32 buah, bahasa Melayu 22 buah, dan di bidang pentashihan 36 buah. Ia wafat di Mina ketika sedang melaksanakan ibadah haji pada tanggal 11 Zulhijah 1325 H/14 Januari 1908 M dan dimakamkan dekat makam Umul Mukminin ‘Siti Khadijah‘ di Ma‘la, Mekah, Saudi Arabia.

2. Pemikiran

Tidak disangkal bahwa adanya jaringan ulama Nusantara yang terbangun sejak abad 17 telah menunjang penyebaran keilmuan dan keintelektualan Islam di Melayu. Ulama-ulama tersebut ber­peran besar dalam menunjang kemajuan peradaban Islam. Salah seorang di antara ulama tersebut adalah Syekh Ahmad Al Fathani. Read the rest of this entry »